Lagaknya persis model, wajahnya pula sering menghiasi dunia peragaan sementelaah dia juga merupakan model produk kecantikan dan penjagaan wajah.
Itulah Dini Nazifa Nazeri, 23, atau lebih mesra disapa Dini, penuntut Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sangat meminati bidang masakan dan fesyen.
Kepada Kosmo! Ahad, gadis kacukan Arab-Melayu berasal daripada Kedah ini berkongsi tentang impiannya untuk bergelar peguam biarpun ‘terjebak’ menjadi model sambilan.
KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri anda?
DINI: Anak kedua daripada tiga beradik, seorang yang fleksibel, kreatif dan penyayang serta suka membaca. Suka mencuba pelbagai resepi dan baking.
Apa yang buat Dini gembira?
Dapat luangkan masa bersama orang-orang yang saya sayang dan melihat mereka bahagia.
Kenapa pilih peguam?
Impian sejak kecil, idola saya sudah semestinya Ruth Bader Ginsburg yang merupakan seorang pejuang hak asasi manusia dihormati ramai.
Nasihat buat mereka di luar sana?
Lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan mulakan kerjaya sebagai seorang peguam, jika anda ada impian sama, jangan takut dengan cabaran kerana dunia undang-undang memang seronok, rajin membaca dan jangan putus asa.
Perangai pelik anda?
Suka kumpul barang-barang kecil atau yang mempunyai nilai sentimental, walaupun nampak tidak berguna bagi orang lain.
Bagaimana jadi model?
Bermula dengan minat terhadap fesyen dan kecantikan, saya nikmati pengalaman berharga dalam dunia peragaan.
Kata-kata untuk wanita?
Jangan takut untuk bermimpi besar dan mengejar impian anda dengan penuh semangat. Kekuatan wanita terletak pada kebolehan diri untuk bangkit walau apa pun cabaran yang mendatang.
Ciri-ciri lelaki idaman?
Seorang yang mempunyai matlamat jelas, rendah diri dan memahami.
Tip kecantikan?
Minum banyak air, tidur cukup dan jauhkan dari aura negatif.