Oleh Hasnah Jusid
BEIJING, 28 Sept(Iteenews) — Syarikat teknologi komunikasi, ZTE (Malaysia) Corporation, dan penyedia perkhidmatan data mudah alih U Mobile, hari ini memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagimembangunkan aplikasi pertanian pintar dan penyelesaian penggunaan yang berkesan.
Pengarah Urusan ZTE Malaysia Steven Ge berkata kerjasama itu memberi tumpuan untuk menyediakan liputan mudah alih yang pantas dan berkesan bagi meningkatkan sektorpelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pertanianluar bandar.
Beliau berkata ZTE akan memanfaatkan kepakaran teknologinya untuk menyediakanpenyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan tempatan.
“Dalam bidang pertanian, kerjasama itu akan bertumpu kepada penggunaan penyelesaian pintar yang dikuasakan 5G, platform awan, RedCap dan internet pelbagai benda(IoT) untuk mengautomasikan dan meningkatkan produktiviti operasi pertanian.
“Langkah ini menyokong transformasi digital Malaysia dalam sektor pertanian, termasuk penyelesaian untuk jentera autonomi dan pemeriksaan mesin,” katanya selepas majlis menandatangani MOU itu di pejabat ZTE di Beijing.
Majlis itu dihadiri dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Presiden ZTE Corporation di luar negara Xiao Ming dan ketua pegawai maklumat U Mobile Neil Tomkinson.
MOU itu ditandatangani oleh ketua pegawai pemasaran U Mobile Navin Manian manakala Steven Gemewakili ZTE.
Menerusi kerjasama itu, ia akan menggabungkan teknologi penggunaan rangkaian capaian radio (RAN) termaju ZTE, yang menampilkan stesen pangkalan ringan, berkuasa rendah dan penyelesaian tenaga mesra alam seperti bateri litium dan panel solar, kata Steven.