Liverpool pening pemain terlalu bagus

Liverpool 8

SZOBOSZLAI mula menikmati permainan terbaiknya selepas diberikan lebih menyerang oleh Slot musim ini. – AFP

LONDON – Kualiti yang ada pada trio tengah Liverpool bakal menjadi kekuatan utama untuk mereka cuba merampas status pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada juara bertahan empat musim berturut-turut, Manchester City.

Gandingan Dominik Szoboszlai, Ryan Gravenberch dan Alexis Mac Allister dilihat akan terus menjadi taruhan buat The Reds bagi memastikan kemenangan ke atas pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux tengah malam ini.

“Saya fikir kami adalah pemain yang memiliki persamaan, saling mengenali dan kekal percaya antara satu sama lain. Jadi kami boleh menukar tempat antara kami dan saya pastinya gembira dapat bermain bersama mereka.

“Selain keinginan untuk menjaringkan gol, saya juga harap dapat melakukan umpanan kepada pemain di barisan depan. Peranan saya kali ini sedikit berbeza tetapi saya akan lakukan segala-galanya untuk pasukan,”kata Szoboszlai.

Setakat ini, pengurus Liverpool, Arne Slot sedang memimpin pasukan menikmati detik terbaik apabila memenangi enam daripada tujuh perlawanan.

Selain Mohamed Salah dan Luis Diaz, prestasi cemerlang Diogo Jota juga membuatkan Slot ‘pening kepala’ untuk melakukan penggiliran kerana beranggapan semua pemain berhak untuk beraksi.

“Saya sentiasa katakan yang kami ada ramai pemain berkualiti, mereka juga mempunyai keinginan untuk tidak bolos dan mendapatkan keputusan baik.

“Adakalanya kamu tidak bernasib baik seperti yang berlaku kepada pemain Manchester City, Rodri. Apa yang pemain boleh lakukan adalah kekal profesional dan saya fikir itulah mereka sedang lakukan sampai sekarang,”kata Slot. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *