Jambatan besar bergoyang ditiup taufan

aFAN

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan sebuah jambatan besar bergoyang ditiup angin kencang Taufan Helene yang merupakan ribut Kategori 4 di negeri Florida. – AGENSI

MIAMI, Florida –  Satu rakaman video yang memaparkan detik menakutkan  sebuah  jambatan besar di negeri Florida bergegar dengan kuat, menjadi tular di Amerika Syarikat, lapor saluran televisyen NDTV hari ini.

Kejadian berlaku ketika Taufan Helene membadai negeri Florida.

Rakaman itu  bagaimanapun mencetuskan perdebatan sengit dalam  kalangan netizen, dengan ramai tidak percaya dan mempersoalkan impak ribut kuat itu.

Klip video itu dikongsi akhbar Britain,  Daily Mail di laman Instagram. Ia menunjukkan jambatan itu bergoyang dengan kuat apabila angin kencang melanda kawasan tersebut.

Rakaman itu disertakan kapsyen berbunyi, “Taufan Helene bersedia untuk membadai Florida hari ini”.

Ramai penonton terkejut dan takut dengan imej tersebut.

Ada yang mengulas bahawa  tiada yang akan terselamat dalam senario seperti itu. Bagaimanapun, tidak semua orang yakin dengan ketulenan video tersebut.

Sebilangan netizen berkata,  sebenarnya bergegar adalah kamera  yang digunakan dan bukannya jambatan tersebut. 

“Jambatan ini tidak bergegar. Ia adalah  adalah angin yang menggegarkan kamera,” kata seorang netizen.

Seorang netizen lain  berkata: “Berhenti cuba mencetuskan  panik. Hanya kamera yang bergerak.” – AGENSI 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *