PETALING JAYA – Pensyarah, Ridzuan Khalid berkongsi antara detik hitam bergelar seorang pendidik apabila perlu berdepan dengan pelbagai karenah pelajar termasuk melibatkan mereka yang tidak menunjukkan minat dalam pelajaran.
Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Sir Ladang meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada pelajar yang masih mampu tersenyum, malah ketawa meskipun memperoleh markah kosong dalam peperikaasan.
Kata Ridzuan, pelajar tersebut seolah-olah merasakan markah tercorot itu bukanlah satu masalah besar sehingga dia mengalirkan air mata mengenang prestasi akademik anak didiknya yang semakin teruk.
“Detik hitam sepanjang 16 tahun bergelar pensyarah. Masih boleh senyum dan gelak dengan markah kosong, seolah-olah tak ada apa-apa. Maafkan saya kerana gagal mendidik kamu semua,” katanya.
Tambah Ridzuan, ada kalanya barisan pensyarah terpaksa ‘mengemis’ meminta pelajar menghantar tugasan tepat pada waktunya.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat golongan pendidik sendiri mengakui mereka turut berdepan dengan isu sama termasuklah pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Kata mereka, generasi muda ketika ini langsung tidak mengambil serius tentang pembelajaran dan ramai dalam kalangan pelajar hanya masuk ke kelas untuk berjumpa dengan rakan, bukannya fokus menuntut ilmu.
“Boleh lihat secara jelas pelajar di peringkat sekolah pada zaman ini. Masuk ke kelas rancak bersembang dengan rakan, bertukar pelbagai cerita. Hasilnya satu kerja tidak selesai. Bila ditegur mereka melawan. Hilang mana minat anak-anak ini. Kasihan, mereka sangat miskin dengan ilmu,” kata Zahirah.
“Boleh rasa sakitnya. Seperti kita yang gagal mendidik mereka, setiap cikgu akan pernah rasa seperti ini,” luah LilyAlly.
“Sir, saya sebagai cikgu sekolah nak ingatkan awal-awal ke depan nanti lagi teruk. Saya sendiri mengajar pelajar tingkatan satu dan dua membaca ABC. Kelas depan ke belakang sama je ‘struggle’ (bersusah payah) nak ajar sebab adab mereka sangat teruk,” kata Juyas.
Dalam pada itu, ramai juga ibu bapa mengakui anak-anak mereka seperti tidak terkesan setiap kali menerima keputusan peperiksaan yang teruk.
“Memang anak-anak zaman sekarang macam itu. Anak saya umur 10 tahun, markah rendah tapi dia tak ada rasa kecewa dan malu pun. Kerja sekolah tak siap pun masih bersahaja.
“Jauh beza dengan kita dahulu, markah rendah dah malu,” kata Haraqui. – https://amiminerals.org/
@sirladang Masih boleh senyum dan gelak dengan markah 0, seolah-olah tak ada apa-apa. Maafkan saya kerana gagal mendidik kamu semua #sirladang #lecturerlife ♬ bunyi asal – زاماني😎😍🇲🇾 – AWIE715😎😍🇲🇾