Cuaca cerah seluruh Semenanjung di pagi Jumaat

cuaca cerah hiasan

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di seluruh kawasan Semenanjung pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 9.30 pagi.

Keadaan sama truut berlaku sekitar negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, di Sarawak, beberapa bahagian dilaporkan alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga tengah hari.

“Antara kawasan terlibat adalah Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah,” lapor MetMalaysia.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar Lembah Klang pagi ini, mendapati cuaca baik tanpa hujan turut melancarkan perjalanan orang ramai bergerak ke tempat kerja masing-masing. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *