ANKARA – Seorang wanita di Turkiye hilang pendengaran selepas fon kecil meletup pada salah satu telinganya, lapor portal berita Republic World semalam.
Kejadian itu dikongsi dalam sebuah forum komuniti oleh teman lelakinya yang membeli fon telinga tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, fon telinga itu baharu sahaja dikeluarkan daripada kotak dengan kapasiti bateri berada pada tahap 36 peratus.
Wanita tersebut kemudian meminjam fon telinga itu daripada teman lelakinya.
Ketika digunakan, salah satu fon telinga itu didakwa meletup di telinga mangsa, menyebabkan kerosakan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan.
Lelaki berkenaan kemudiannya membawa fon telinga yang sudah meletup ke sebuah pusat servis alat itu di Cemalpasa, Adana.
Pada mulanya, kakitangan tersebut memohon maaf selepas meneliti keadaan fon telinga tetapi selepas dua hari, pusat itu membuat kesimpulan bahawa ia tidak dibuat dengan sempurna dan bukannya meletup.
Pusat servis hanya menawarkan penggantian model yang sama dan menyatakan, lelaki tersebut bebas untuk mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuas hati. – AGENSI