Syarikat Elon Musk mahu melabur lebih RM6 bilion di Vietnam

LAM scaled

PRESIDEN Vietnam, To Lam berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-79 di Bandar Raya New York kelmarin. – AFP

HANOI – Syarikat milik Elon Musk, SpaceX merancang melabur AS$1.5 bilion(RM6.2 bilion)  di Vietnam, kata agensi berita rasmi tempatan ketika Hanoi berusaha meningkatkan tarikannya sebagai destinasi pelaburan untuk syarikat-syarikat terbesar dunia. 

Ketika lawatan ke New York minggu ini, pemimpin kanan Vietnam, To Lam bertemu bos SpaceX, Tim Hughes yang berkata, beliau menilai tinggi potensi Vietnam untuk projek satelit internet firma tersebut,  kata agensi berita rasmi VNA semalam.

“Pemerintah sedang menimbang cadangan pelaburan tersebut,” VNA melaporkan Lam sebagai berkata.

Hughes merupakan Naib Presiden Kanan untuk hal ehwal perniagaan dan kerajaan SpaceX. Beliau dilaporkan berkata, SpaceX mahu menyuntik pelaburan AS$1.5 bilion di Vietnam dalam masa terdekat.

Vietnam yang sudah lama menjadi destinasi kos rendah  untuk pengeluaran  pakaian, kasut dan perabot  kini mengintai peningkatan dalam sektor pembuatan serta  bekalan global. 

Semasa lawatannya, Lam mengadakan pertemuan dengan bos-bos firma utama Amerika Syarikat termasuk Google, Apple, Meta dan firma teknologi maklumat, Supermicro. – AFP 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *