MIHAS 2024 Capai Jualan RM4.3 Bilion, Peningkatan 34 Peratus Berbanding 2023

7450c56f4f5c5963f4ecfef313aba3005fb3bbe267387

KUALA LUMPUR, 25 Sept(Iteenews) –Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai jualan berjumlahRM4.3 bilion, peningkatan 34 peratus daripada RM3.2 bilion yang dicatatkan pada 2023, kataPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Dalam satu kenyataan hari ini, MATRADE berkata peningkatan itu dipacu oleh hasil pertanian, menyumbang bahagian jualan terbesar tahun ini sebanyak 26.3 peratus, diikuti oleh makanan siapsebanyak 26.1 peratus, minuman sebanyak 12.5 peratus dan sektor pesat membangun seperti farmaseutikal, peralatan mandian, kosmetik, dan bekas dan pembungkusan, turut menjadi antara penyumbang terbesar pameran itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pencapaian itu mencerminkan sumbangan positif MIHAS kepada objektif Pelan Induk Industri Halal (HIMP 2030) danPelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

"Selain pencapaian jualan RM4.3 bilion itu,perkara yang sama penting ialah bagaimana MIHAS memupuk kerjasama awam-swasta selanjutnya untuk terus mengukuhkan ekosistem industri halal kita dan membantu lebih banyak syarikat Malaysia pergi ke peringkat global.

“Dengan kemunculan sulung MIHAS@Dubai pada November ini, kami menjangkakan industri halal Malaysia akan terus berkembang di pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), yang menempatkan kira-kira 20 peratus penduduk Islam dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MATRADEDatuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata trajektori jualan tahun ini menyerlahkan peranan MIHAS dalam mengukuhkan hubungan dagangan antarabangsa bagi perniagaan Malaysia dan industri halal global.

"Ia telah terbukti menjadi platform yang berkesan dalam menyatukan peserta pasaran dan mewujudkan rantaian bekalan global yang mampan," katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 24 memorandum persefahaman (MOU) dimeterai dipameran perdagangan itu antara Malaysia dan organisasi serta syarikat antarabangsa, yang bernilaiRM111 juta, menyerlahkan lagi potensi ekosistem halal Malaysia.

Pameran perdagangan itu, yang diadakan dari 17 hingga 20 Sept, 2024, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), menarik seramai 43,353 pengunjung dari lebih 90 negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *