Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Teruskan Kenaikan Lima Hari Berturut-turut

7dc1ebd010dcc4e3d720c89266a5e17560a336af28e5c

KUALA LUMPUR, 25 Sept(Iteenews) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari inimeneruskan kenaikanbagi lima hari berturut-turut, disokong oleh keyakinanberterusan terhadap kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.

Kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkatkepadaUS$2,658.50 setiap auns troy daripada US$2,632.70setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari2025 danApril 2025 semuanya ditutup tinggi kepadaUS$2,671.50 setiap auns troy daripadaUS$2,645.70 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 35lot daripada lapan lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 80 kontrak daripada 49 kontrak sebelumnya.

Mengikuti penetapan harga London Bullion Market Association pada 24 Sept 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,635.95 setiap auns troy.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *