LABUAN, 25 Sept(Iteenews) –Pengendali pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM)meningkatkan kerjasama denganagensi kerajaan untukmemastikan operasi pelabuhanberjalan lancar.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Patrick Tiongberkata langkah ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk menghapuskan amalan kerja secara silo dan menggalakkan kerjasama dalamkalangan pihak berkepentingan utama industri.
Sesi libat urusdengan agensi kerajaan adalah penting untuk membina hubungan baik dalam melancarkan operasi harian pelabuhan dengan kerjasama daripada agensi kerajaan, katanyapada majlis minum petangMPM bersama agensi kerajaan di sini hari ini.
“Kerjasama ini akan membolehkan MPM terus meningkatkan perkhidmatannya, memastikan kecekapandan pematuhan terhadap keperluan peraturan,” katanya.
Wakil jabatan yang hadir pada majlis itu adalah daripada Jabatan Kesihatan Labuan; Jabatan Alam Sekitar; Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Tenaga Kerja; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; Majlis Keselamatan Negara; Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO)dan Ibu Pejabat Polis Labuan.
Tiong berkata agensi kerajaan ini memainkan peranan penting dalam mengawasi pelbagai aspek pengurusan pelabuhan, daripadakesihatan dan keselamatan hingga perlindungan alam sekitar dan keselamatan, mencerminkan pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan operasi pelabuhan.
“Kerjasama ini dijangka meningkatkan kecekapanoperasi, memberi manfaat bukan sahaja kepada pelabuhan tetapi juga sektor logistik dan perdagangan yang lebih luas di Labuan.
“Dengan inisiatif kerjasama sedemikian, MPM akan mengukuhkan lagi peranannya sebagai pemain utama dalam industri maritim di rantau ini serta menyumbang kepada matlamat kerajaan untuk menggalakkan amalan mampan dan inovatif dalampelbagai sektor,” katanya.
— BERNAMA