TELUK INTAN – Seorang wanita warga emas maut, manakala anak lelakinya cedera selepas lori yang dinaiki melanggar belakang lori tanah di Jalan Sungkai, Kampung Air Hitam di sini hari ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Yap Soh Choo berusia 74 tahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 4.02 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dihantar ke lokasi.
Katanya, kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan dipandu anak lelaki mangsa berusia 43 tahun dan lori tanah.
“Setibanya di lokasi, didapati dua beranak itu tersepit dalam kenderaan. Ibu mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala anaknya cedera ringan. Operasi tamat pada pukul 4.46 petang, ”katanya di sini hari ini. – https://amiminerals.org/