Pahang janji baiki hutan lipur daif

hutann scaled

KEADAAN Hutan Lipur Som di Jerantut yang seolah-olah menjadi ‘port hantu’ di Temerloh.

TEMERLOH – Kerajaan negeri memandang serius keadaan kawasan rekreasi seperti hutan lipur yang terbiar sehingga me­ngalami kemusnahan teruk di Pahang yang terkenal dengan kelebihan eko-pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, sehubungan itu beliau akan segera melawat kawasan hutan lipur terbabit dan melakukan perbincangan dengan pihak berkaitan dalam menangani masalah infrastruktur terbiar dan rosak.

“Salah satu kekuatan pelancongan di Pahang adalah eko pelancongan, kalau tidak silap di Pahang kita ada 65 kawasan pendakian yang melibatkan hutan simpan kekal dan ini bukan sahaja menarik pelancong domestik tetapi untuk pasaran antarabangsa kita juga terima permintaan.

“Jadi dengan ini kita berharap boleh menikmati apa yang kita ada di Pahang untuk memaksimumkan produk kita, jangan kita membazirkan sumber-sumber kita supaya setiap produk pelancongan sedia ada dapat diselenggarakan dan dijaga dengan baik,” katanya pada Majlis Perasmian Tapak Temerloh Umbrella and Art Street di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! me­laporkan beberapa hutan lipur di negeri ini yang satu ketika dahulu menjadi lokasi riadah dan kunjungan orang ramai bersama keluarga kini terbiar sepi tanpa sebarang penjagaan, selain kemudahan yang ada mengalami kerosakan dan musnah.

Berdasarkan tinjauan di beberapa hutan lipur seperti Hutan Lipur Som di Jerantut, Hutan Lipur Teladas di Maran, Taman Eko Rimba Terengun, Lipis dan juga Tasik Paya Bungor di Kuantan mendapati kawasan itu terus terbiar dan rumput panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *