Bau busuk bongkar penemuan rangka manusa di Rawang

polis 2

Gambar hiasan.

HULU SELANGOR- Bau busuk semasa sedang mencari barangan lama dan besi membawa kepada penemuan rangka manusia di Rawang Bypass, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun.

Katanya, lelaki itu sedang mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari. Pengadu kemudian terhidu bau busuk semasa sedang mencari barangan lama dan besi di kawasan tersebut.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Asri, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.-https://amiminerals.org/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *