Syarikat Senaraian Bursa, Firma Besar Perlu Patuh NSRF – SC

72dca072bb36ffe65e5510cace46612b666ac8108093dDatuk Mohammad Faiz Azmi

KUALA LUMPUR, 24 Sept(Iteenews) — Syarikatsenaraian di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia serta firma besar tidak tersenarai yang menjana pendapatan tahunan RM2 bilion atau lebih, perlu mematuhi standard pelaporan baharu di bawahRangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan(NSRF).

NSRF yang dilancarkan hari ini,menggariskan pendekatan Malaysia untuk pelaporan kemampanan, menggunakan piawaian pendedahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (Standard ISSB) serta rangka kerja untuk jaminan kemampanan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata dianggarkan sebanyak130 syarikatatau penerbit besar tersenaraidi Pasaran Utama Bursa Malaysia perlu mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) S1 (Keperluan Am untuk Pendedahan Maklumat Kewangan berkaitan Kemampanan)dan S2 mulai 2025dengan tumpuan kepada pendedahan iklim.

Beliau berkata syarikatberkenaan mempunyai impak besar terhadap pasaran modal dan mewakili lebih 80 peratus daripada permodalan pasaran diBursa Malaysia dengan pelaporan pertama dijadual pada 2026.

“Baki penerbit tersenarai di Pasaran Utama iaitu Kumpulan 2 akan menggunapakai piawaian itu bermula 2026 dan diikuti dengan Kumpulan 3 merangkumi penerbit tersenarai di Pasaran ACE serta syarikat besar yang tidak tersenarai pada 2027.

“Kitamenggunakan pelepasan peralihan yang disediakan olehISSBselain mewajibkan pendedahan Skop 3 dan laporan audit yang disahkan mulai 2027,” katanya pada majlis pelancaran NSRF di sini, hari ini.

Mohammad Faiz berkata SC juga sedang meneliti sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyediakan data bagi syarikat tersenarai untuk pendedahan Skop 3 mereka.

Susulan itu, SC telah menerbitkan Panduan Pendedahan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG) yang dipermudahdan dibangunkan oleh Pasaran Modal Malaysia untuk membantu mereka.

Beliau juga menyedari kebimbangan bahawa tidak semua pasaran antarabangsa memberi persetujuan mengenai kepentingan meningkatkan usaha pelaporan kemampanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *