Siemens Mobility, DMIA Meterai MoU Tingkat Pendigitalan Industri Rel Negara

b8cfb66b3111b3c96ced15163520189d66f2bb07604bfFoto: Dhaya Maju Infrastructure (Asia)

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Iteenews) — Siemens Mobility Sdn Bhd dan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mendigitalkan sistem kereta api di Malaysia dan meningkatkan perkhidmatan rel negara.

Siemens Mobility dan DMIA menerusi satu kenyataan bersama berkatakerjasama tersebutmerupakan inisiatif transformasi yang bertujuan mempertingkatkan industri rel Malaysia melalui penerapan teknologi digitalisasi terkini.

Majlis menandatangani MoU itu yang disaksikan olehRaja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullaildiadakan sempena acara InnoTrans 2024, pameran perdagangan antarabangsa terkemuka teknologi pengangkutan dan kereta api di Berlin.

MoU itu merupakan satu langkah penting ke arah mewujudkan rangkaian rel yang lebih efisien dan moden di Malaysia, selaras dengan visi negara untuk meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam demi manfaat generasi masa depan.

“Inisiatif ini dijangka mampu merevolusikan sistem kereta api Malaysia dengan meningkatkan kapasiti, mengurangkan kelewatan, meningkatkan keselamatan, serta mengurangkan kos operasi.

“Ini akan membawa kepada perkhidmatan kereta api yang lebih cekap dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia,” demikian menurutkenyataan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *