Magma Group Bhd
KUALA LUMPUR, 24 Sept(Iteenews) –Magma Group Bhd (dikenali Impiana Hotels Bhd sebelum ini) mengemukakan cadangan bagimengurangkanmodal sahamnya mengikut Seksyen 116 Akta Syarikat, 2016.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata cadangan berkenaan membolehkannyamerasionalkan penyata kedudukan kewangandengan menghapuskan kerugian terkumpul.
Pada masa sama, ini akan mencerminkan nilai aset asas dan kedudukan kewangan syarikat dengan lebih tepat.
Magma Group turut mencadangkan untuk mengambil alih tanah pegangan pajakan seluas 0.91 hektar di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur daripada Skyload Express Sdn Bhd pada harga RM80 juta.
Pembelian itu akan dilakukan menerusi Magma Kiara Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Magma Property Sdn Bhdyang jujga anak syarikat milik penuh kumpulan itu.
Jumlah pertimbangan pembelian akan ditampung menerusi gabungan pembayaran tunai sebanyak RM8 juta, terbitan 120 juta saham pada harga terbitan RM0.20 sesahamdan terbitan 47,712,000 saham keutamaan tidak boleh tukar (RPS) baharu yang boleh ditebus pada harga terbitan RM1.00 setiap RPS.
“Cadangan pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan bagi pengembanganperniagaan pembangunan hartanahnya dengan memperoleh simpanan tanah tambahan di lokasi strategik dengan potensi pertumbuhan dibangunkan padamasa depan," katanya.
Selain itu, turut dicadangkan adalah pindaan perlembagaan Magma untuk memudahkan pengeluaran RPS di bawah cadangan pengambilalihan itu.
Tanah berkenaan dirancang bagi pembangunan dua blok bangunan 34 tingkat merangkumi unit pangsapuri perkhidmatan 22 tingkat, tempat letak kereta bawah tanah satu tingkat, kawasan komersial dua tingkat, ruang letak kereta lapan tingkat, kawasan kemudahan satu setengah tingkat, taman atas bumbung dan dewan komuniti satu tingkat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.