KUALA LUMPUR, 24 Sept (Iteenews) –Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan Pelan Hala Tuju Dasar dan Kewangan Sifar Bersih dikemas kini yang antara lainnya merumuskan peralihan tenaga industri itu mampu dilaksanakan menjelang 2050.
Ketua Pengarah Willie Walsh berkata pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonanmenjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.
"Ia turut menekankan untukmencapai matlamat ini, semua pihak berkepentinganterutamapenggubal dasar, mesti bekerjasama secarameluas dan melakukan tindakansegera.
“Bagi menjayakannya, kita perlukanrangka kerja dasar dan kewangan yang lebih jelas dan menyokongkeperluan pengangkutan udara secara realistik dan seiring dengan perubahan besar yang perlu berlaku serentak dalam semua sektor ekonomi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelan hala tuju yang dikemas kini itu mengandungi analisis mendalam dan turut mengetengahkan keperluan pelaburan bagiperalihan tenaga itu yang disifatkan menyamai pelaburan dalam penciptaan pasaran tenaga boleh baharusebelum ini.
Selain itu, kejayaan usaha peralihan amat bergantung kepada tujuan penggubal dasar ketikatempoh bekerjasama dalamperalihan tenaga pengangkutan udara dilihat semakin terhad.
“Setiap kelewatan tindakan adalah peluang yang terlepas,” kata IATA.
Pelan Hala Tuju Dasar itu menekankan kepentingan penjujukan dasar strategik dan menangani keperluan bagi kerjasama global, termasuk di luar sektor penerbangan.
"Cadangan itu mengakui bahawa tiada satu penyelesaian khusus untuk semua perkaradan dasar mesti memastikan semua negara dapatmengambil bahagian dalam pasaran bahan api penerbangan mampan (SAF) global di masa depan," katanya.