Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu Steven Sim Chee Keong (depan lima, kiri) bersama Timbalannya Ramkarpal Singh (depan lima, kanan) bergambar bersama anggota jawatankuasa DAP negeri (2024-2027) pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Arena Setia SPICE Bayan Lepas.
Oleh R.Ratcharathan
GEORGE TOWN, 24Sept (Iteenews) –GandinganSteven Sim Chee Keong danRamkarpal Singh dalam menerajui DAP Pulau Pinang merupakan 'signal' untuk meremajakan parti selepas 25 tahun di bawah kepimpinan lama, sekali gus dilihat sebagai transisi ke arah persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Gandingan Menteri Sumber Manusia dan bekasTimbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) sebagaiPengerusi sertaTimbalan PengerusiDAP Pulau Pinang itu bersamaTimbalan Menteri KewanganLim Hui Ying selaku Setiausaha DAP negeri juga dilihat dapat mengukuhkan perpaduan dalam parti.
Penganalisis politikProfesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata Sim yang menggalas tanggungjawab sebagaiPengerusi DAP Pulau Pinangbagi penggal 2024/2027menggantikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itusejak 1999 dianggap faktor penyatupelbagai kem dalam DAP danmemudahkan transisi kepimpinan dalam parti sertanegeri.
"Kombinasi yang menang datang dari pelbagai kem dan menjadi tanggungjawabSim untuk menyatukan semua dan memastikan tidak ada keresahan dalaman serta yang penting adalah bagi Sim untukrapatkan semua saf dalamparti.
"Kemenangan jawatankuasa negeri kali ini adalah cerminan untuksemua pasukan bersama keranaada exco (kerajaan negeri) yang kalah dan adaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang digugur (sebagai calon PRN) sebelum ini menang," katanya ketika dihubungiIteenews hari ini.
Pensyarah Kanan Sosiologi PolitikPusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia itu juga menyifatkan kombinasiJawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024/2027 itu menunjukkan bahawa delegasi memilih untuk memastikan kesinambungan dalam perubahan generasi Z.
Turut senada adalahPensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Jamaie Hamil yang berkata kepimpinan muda, gandingan 'Sim-Ram' akan memberikan nafas baharu kepada partisupaya lebih dinamik pada masa hadapan untuk terus kekal relevan dalam landskap politik negeri.
Beliau berkataAhli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal yang meraih undi paling tinggi iaitu 1,247memberikan kejutan kepada ramai pihak kerana namanya tidak disebut-sebut sebagai pilihan utama parti, namun anak kepada 'Harimau Jelutong'mendiang Tan Sri Karpal Singh bukan orang asing dalam DAP.