Lelaki kurang siuman maut dilanggar ketika lintas jalan

WhatsApp Image 2024 09 23 at 10.48.53 AM

Seorang lelaki dipercayai kurang siuman maut selepas dilanggar ketika cuba melintas jalan di Batu 9 Jalan Apas, Tawau pada Sabtu lalu. -Foto oleh hsan Pembaca.

TAWAU – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman maut selepas dilanggar ketika cuba melintas jalan di Batu 9, Jalan Apas di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal di lokasi mendapati nahas melibatkan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun melanggar pejalan kaki yang cuba melintas jalan.

“Kejadian berlaku ketika pemandu itu menuruni bukit menuju ke bandar Tawau di jalan selekoh dan gelap, seorang lelaki dikatakan melintas secara tiba-tiba.

“Pemandu kereta yang tidak sempat mengelak melanggar pejalan kaki terbabit menyebabkan mangsa cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil bagi membantu siasatan.- https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *