WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan suara ngeri kedengaran dari sebuah lohong hitam, lapor portal berita Republic hari ini.
Lohong hitam itu terletak pada jarak 250 juta tahun cahaya dari Bumi.
Fenomena luar biasa itu berasal dari tengah-tengah gugusan galaksi Perseus.
Bunyi itu dikesan pada tahun 2003.
Pada mulanya bunyi itu mempunyai dengung tersendiri tetapi menawan hati ahli-ahli astronomi.
Dalam usaha untuk menjadikan frekuensi itu boleh diakses oleh telinga manusia, NASA menukar gelombang akustik tersebut sehingga 57 dan 58 oktaf.
“Sukar untuk mendengarnya pada nada semasa kerana ia termasuk not paling rendah yang pernah dikesan di alam semesta oleh manusia. Jauh di bawah had pendengaran manusia.
“Seperti beberapa gelombang lain yang dirakam dari angkasa lepas, hasil daripada gelombang ini juga menakutkan,”kata NASA dalam satu kenyataan. – AGENSI