PRK Mahkota: 401 pegawai, anggota polis dan pasangan mengundi awal hari ini

WhatsApp Image 2024 09 24 at 8.59.43 AM

ANGGOTA polis di IPD Kluang berbaris di luar Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis IPD Kluang untuk mengundi awal hari ini.

KLUANG – Seramai 401 pegawai serta anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menunaikan tanggungjawap sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pagi hari ini.

Sebaik Pusat Mengundi Awal di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis IPD Kluang dibuka pukul 8 pagi, pegawai serta anggota mula mengambil tempat untuk mengundi.

Keadaan cuaca yang baik pada awal pagi hari ini juga dilihat memudahkan proses pengundian.

Proses membuang undi hari ini menyaksikan seramai 4,911 anggota tentera, polis serta pasangan memilih wakil rakyat bagi kerusi DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN meletakkan taruhan Mohamad Haizan Jaafar, 61, calon mereka.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang sejak 1993 adalah bekas Ketua Wanita UMNO Johor dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022. Sebelum itu, Sharifah Azizah adalah ADUN Penawar dari 2018 hingga 2022.-https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *