SC Perkenal Kerangka Bagi Skim Insentif \”family Office\”

6ba99857aa0b1944c2965e9d891ec86f66dac4cc968b2

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Iteenews) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan kerangkaskim insentif “Family Office” baharu yang bertujuan menambah baik landskap pelaburan Malaysia.

Dalam kenyataan pada Isnin, SC menjelaskan skim itu menawarkan kadar cukai konsesi sifar peratus ke atas pendapatan yang dijana oleh pelaburan yang layak daripada “Single Family Office Vehicle”(SFOV).

Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menyediakan insentif itu.

Insentif itu tertakluk kepada beberapa syarat iaitu SFOV mesti menubuhkan dan mengendalikan pejabat berdaftar di Pulau 1, Zon Kewangan Khas Forest City, dan insentif akan tersedia selama 20 tahun, dibahagikan kepada tempoh 10 tahun awal diikuti dengan 10 tahun berikutnya.

“SFO atau syarikat pengurusan mungkin tidak perlu mendapatkan lesen tertentudi bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)seperti untuk pengurusan dana, selagi ia hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikatberkaitannya, SFOV,” tambahnya.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata skim SFO meletakkan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi keluarga serantau dan tempatan untuk menguruskan kekayaan mereka.

“Anggaran pengganda ekonomi bagi inisiatif ini, termasuk keperluan asas tempatan, diunjurkan antara RM3.9 bilion hingga RM10.7 bilion.

“Ini juga merangkumi penciptaan guna tenaga mahir dan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan sampingan,” katanya.

SC menjelaskanSFOV yang layak boleh memohon pensijilan bagi tujuan insentif cukai, dengan syarat mereka memenuhi syarat yang diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *