Etiqa Perkenal Panel Pembaiki Bebas Kenderaan Elektrik Pertama Di Malaysia

8216aeedfed18bf758d0bce0edaf7ce55e6c839e14453

KUALA LUMPUR, 23 Sept(Iteenews) — Etiqa, cabang insurans dan takaful Malayan Banking Bhd(Maybank)mengembangkan perkhidmatannyakepada pemilik Kenderaan Elektrik (EV) dengan menjalin kerjasama denganbengkel tambahan yang mengkhususkan dalam pembaikan EV.

Maybank Ageas Holdings Bhd dalam satu kenyataan hari ini mengumumkanEtiqa melancarkan panel pembaiki bebasEVpertama di Malaysia, untuk mewujudkan rangkaian utama hab pembaikan EV di rantau ini.

Empat panel pembaiki bebas yang dilantik ialahHoong Wai Auto Repairs, Poh Kin Motor Works, Rawang Yee Motordan Shiun Motor.

“Bengkel ini akan memberikan sokongan penting kepada pelanggan yang jaminan pengilangnya telah tamat tempoh, serta mereka yang mempunyai model EV import kelabu (reconditioned), terutamanya untuk pembaikan perlanggaran dan perkhidmatan lain.

"Mereka juga akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, daripada penyelenggaraan rutin hingga kepada pembaikan yang kompleks, memastikan pengalaman pemanduan yang lancar tanpa sebarang kebimbangan," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurance and Takaful Kamaludin Ahmad berkata sebagai pengendali insurans dan takaful terkemuka yang memperjuangkan kelestarian, Etiqa komited untuk memacu inovasi dalam sektor EV.

“Sebagaipenyediainsurans dan takaful EV terbesar di negara ini, kami komited untuk menawarkan perlindungan menyeluruh danserta sokongan kepada pemilik EV.

“Dengan pelancaran bengkel pembaikan yang fokus kepada EV ini, Etiqa kini dapat memastikan pelanggan kami menerima perkhidmatan pembaikan EV yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka,” katanya.

Ketua Bahagian Tuntutan Etiqa,Muhammad Azlan Noor Che Mat berkata dengan permintaan terhadap kenderaan elektrik yang semakin meningkat, Etiqa menyasar untuk meningkatkan sokongan dan kepuasan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *