Kadar Inflasi Dijangka Antara 2.0 Peratus Dan 2.3 Peratus Pada 2024

f7396f5e73c5934c45491957f3cd14cb60c9ade983e7b

KUALA LUMPUR, 23 Sept(Iteenews) — Bank pelaburan menjangkakan inflasi keseluruhan akan berada dalam julat antara 2.0 peratus dan 2.3 peratus tahun ke tahun (yoy) untuk baki tahun 2024.

RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) dan MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran inflasi mereka untuk tahun ini bergantung kepada perubahan dasar.

RHB IB dalam nota penyelidikan hari ini berkata ia menjangkakan inflasi keseluruhan akan stabil tahun ini, dengan mengandaikan pelarasan harga bahan api RON95 ditangguhkan sehingga paling awal pada Disember 2024.

“Kami mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan untuk 2024 pada 2.1 peratus, dengan purata inflasi teras2.0 peratus.

“Tekanan inflasi kekal terkawal selepaspengapungan harga diesel di Semenanjung Malaysia dan pelarasan cukai perkhidmatan, yang membawa kepada kenaikan 1.8 peratus tahun ke tahun dalam inflasi keseluruhan untuk lapan bulan pertama,” katanya.

Pada masa depan, RHB IB berkatatrajektori inflasi akan bergantung pada masa dan tahap rasionalisasi subsidi RON95, potensi peningkatan permintaan daripada pengeluaran sebahagian dana pencen dan turun naik harga komoditi dan makanan global.

Sementara itu, MIDF dalam nota penyelidikannya berkata inflasi akan menyederhana kepada 2.3 peratus pada 2024 (2023: 2.5 peratus), memandangkan kenaikan indeks harga pengguna (IHP) yang agak rendah dalam tempoh lapan bulan pada 2024.

"Walaupun kami masih menjangkakan subsidi bersasar untuk RON95 akan dilaksanakan pada suku keempat 2024, inflasi yang stabil setakat ini menunjukkan bahawa tekanan inflasi susulan daripada perubahan dasar adalah terhad

“Sebaliknya, jika kerajaan memutuskan untuk menangguhkan rasionalisasi subsidi untuk RON95, inflasi IHP setahun penuh boleh menjadi -0.2 mata peratusan lebih rendah daripada unjuran sedia ada kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *