Cropmate Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Untuk Disenarai Di Pasaran Ace

a27510d66eebfc6c8bbf9cd5ee5c502566f163d42dddd baja Cropmate (Kredit: Cropmate) a9a408c6e026bc8ebdbe1a483ecb357366f1641405f85 Pengarah Urusan Cropmate Lee Chin Yok (kredit: Cropmate)

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Iteenews) –Syarikat baja khusus, Cropmate Bhd(Cropmate) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

Menurut draf prospektus Cropmate bagi tawaran awam permulaan (IPO), syarikat itu berkata penyenaraian berkenaanakanmelibatkan terbitan awam sebanyak 210 juta saham biasa baharu dalam Cropmate.

Katanya, ini mewakili 28.4 peratus daripada jumlah yang diperbesarkan sebanyak 738.0 juta saham terbitandengan tawaran untuk jualan sebanyak 50.0 juta sahamyang mewakili 6.8 peratus daripada jumlah saham yang diperbesarkansebanyak 738.0 juta saham terbitan.

“Sebagai syarikat baja khusus pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia, penyenaraian ini merupakan pencapaian penting bagi Cropmate.

“IPO ini membuka peluang kepada pasaran modal, memberikan kami sumber yang diperlukan untuk memacu fasa pertumbuhan seterusnya dan mengukuhkan penerajuankami dalam industri baja,” kata Pengarah Urusan CropmateLee Chin Yokdalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata dana yang diraihakandigunakan untuk menyokong inisiatif strategik syarikat, terutamanya dalam menaik taraf proses penimbangan automatik, menubuhkan penyelidikan dan pembangunan serta makmal ujian, pembelian peralatan dan kenderaanserta pembeliankilang.

Hong Leong Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, penaja jamindan penyelaras.

Bagi tahun kewangan 2023, Cropmate mencatatperolehankumpulan sebanyak RM151.5 jutadengan segmen formulasi dan pencampuran menjadipenyumbang utama perolehaniaitumenyumbang sebanyak RM112.1 juta.

Ini merupakan74.0 peratus daripada jumlah perolehanmanakala segmen perdagangan menyumbang sebanyak RM39.4 jutayang mewakili 26.0 peratus bagi tahun kewangan 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *