Solidariti Kerajaan Perpaduan Tetap Kukuh, Tidak Goyah Dengan Cubaan Pembangkang

4990e72e8dc0d7003ab0c030e3c3b0f066efe91116d20KLUANG, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga kiri) ketika meninjau ruang dalam kediaman pada Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang di Taman Kluang Perdana, Kluang hari ini.Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua kiri), Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Azmi Rohani (dua, kanan), Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (kanan), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Syukor (tiga, kanan).–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 22 Sept (Iteenews) — Kerajaan Perpaduan tetap kukuh walaupun pembangkang terus mencari jalan bagi menggoyahkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hal inimenurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga, termasuk jika pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada persidangan Oktober ini.

"Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 sokongan Ahli Parlimen yang melebihi dua pertigayakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus kukuh dan tidak goyah walau apa pun yang cuba dilakukan pembangkang," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Merealisasikan Rumah Mampu Milik Kluang di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan telah mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat,bagi memastikan gesaan untuk beliau melepaskan jawatandilakukan mengikut undang-undang.

Pada perkembangan lain, Onn Hafiz berkata penganjuran program didaerah inidalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ialah program untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik.

"Iabukan program politik, tetapi program untuk rakyat. Jadi, orang PN (Perikatan Nasional), BN,Pakatan Harapan (PH) atau sesiapa sahaja boleh pergi ke program berkenaan," katanya.

Onn Hafiz berkata demikian bagi mengulas tindakan PN yang membuat laporan polis semalam, mendakwa penganjuran program terbabit sebagai kesalahan pada pilihan raya.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *