PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

eb58888678b4a303342b65643d7629b466f10ebd04de7Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir sebelum proses pengundian awal yang melibatkan 401 pengundi di pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, ketika tinjauan di Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.

KLUANG, 23 Sept (Iteenews) — Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, esok.

Proses pengundian akan berlangsung di tiga pusat mengundi awal iaitu di Dewan Mahkota yang terletak dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.

Semua pusat mengundiakan dibuka 8 pagi dan ditutup pada 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Kluang pagi esok namun ribut petir dijangkamelanda pada sebelah petang.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas.

DUN Mahkota yang terletak dalam Parlimen Kluang mempunyai keseluruhan 66,318 pengundi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *