\’Tak senyum langsung\’ – Demi Lovato, Kesha bermusuhan?

5bb21fcc 0f78 4f22 b8fc 894b14476a8c

Demi Lovato dan Kesha (kanan).

KEMUNCULAN penyanyi Demi Lovato dan Kesha sempena tayangan perdana dokumentari Child Star minggu lalu menjadi perbualan hangat apabila kedua-dua selebriti itu dikatakan saling tidak bertegur sapa.

Perkara itu dilihat sewaktu kedua-duanya bergandingan ketika diminta bergambar bersama.

Mereka saling bermasam muka antara satu sama lain dan mempamerkan reaksi wajah seperti kurang senang.

“Siapa kata mereka sahabat? Boleh lihat sendiri mereka tidak tersenyum apatah lagi bersentuhan antara satu sama lain.

“Bergambar bersama, tetapi kedua-dua seperti dalam dunia masing-masing,” kata peminat.

Child Star merupakan dokumentari tentang realiti kehidupan beberapa bintang terkenal Hollywood yang memulakan kerjaya sejak usia kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *