JLo-Affleck nak berkawan, teruskan perceraian

8b177477 1eb5 4563 9427 0787614222a8

J-Lo dan suaminya, Ben Affleck.

DILIHAT mesra ketika menghabiskan masa bersama dengan keluarga minggu lalu, pasangan sensasi Jennifer Lopez dan Ben Affleck bagaimanapun tetap akan meneruskan proses perceraian mereka.

Menurut sumber, peguam kedua-dua belah pihak sedang menyelesaikan butiran kewangan pasangan itu bagi melancarkan proses perceraian.

“Mereka berkumpul untuk makan tengah hari dan kelihatan menyeronokkan bagi menghiburkan anak-anak.

“Sebagai ibu bapa, mereka tetap perlu menjaga hubungan baik demi menjaga emosi anak-anak,” kata sumber.

Tambah sumber, Lopez atau J.Lo memilih untuk berkawan dengan Affleck berbanding menjadi pasangan hidup.

“Perceraian itu tetap akan diteruskan. Mungkin keserasian mereka cukup sekadar berteman sahaja,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *