Jodoh sejak bayi, lahir sama bulan, hospital 

geli jodoh

Tangkap layar menunjukkan surat beranak pasangan itu dan anak mereka yang baru dilahirkan. – TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri mengundang perhatian pengguna media sosial selepas mendedahkan bahawa mereka lahir pada bulan, tahun dan di hospital yang sama, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Gambar yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aulianibismi memaparkan surat beranak pasangan itu sehingga kedua-duanya berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. 

“2023. Alhamdulillah, kami berjaya setelah 11 tahun bersama,” demikian menurut keterangan video itu. 

Difahamkan, pasangan yang dilahirkan pada tahun 1997 itu bersekolah di sekolah yang sama sebelum menjalinkan hubungan serius. 

Kedua-dua mereka juga lahir pada bulan sama di hospital yang sama. 

Lebih mengejutkan, mereka juga dilahirkan dengan bantuan doktor yang sama. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.4 juta tontonan dan rata-rata, netizen kagum dengan perjalanan kisah cinta mereka. 

“Definisi sebenar bersama dari lahir sehingga akhir,” kata seorang netizen. 

“Dari bayi sehingga ada bayi sendiri,” kata netizen lain. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *