Zoo dikecam kerana panda menyalak

anjing menyamar panda

Tangkap layar menunjukkan salah seekor anjing yang menyerupai pandai di Zoo Shanwei. – AsiaWire

BEIJING – Sebuah zoo di China mendapat kecaman orang ramai kerana mempamerkan dua ekor anjing yang diwarnakan menyerupai panda untuk menarik lebih ramai pengunjung, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku di Zoo Shanwei, wilayah Guangdong di selatan China, baru-baru ini.

Menurut media tempatan, pengunjung menyedari penipuan itu selepas salah seekor ‘panda’ tersebut kelihatan tercungap-cungap dan menyalak.

Rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengunjung memaparkan anjing sama tercungap-cungap ketika berbaring di dalam kawasan yang berpagar.

Anjing berkenaan adalah daripada spesies Chow Chow, di mana bulunya dipotong pendek sebelum dicat dengan warna hitam dan putih di seluruh badan serta muka.

Pengunjung meminta wang mereka dikembalikan selepas kejadian itu terbongkar. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *