SETELAH berpisah dengan pengarah popular Syamsul Yusof, pelakon Ira Kazar semakin mendapat pujian khalayak.
Bukan sahaja penampilannya yang dikatakan bertambah cantik, malah sikap Ira tidak melenting ketika dikritik juga mendapat reaksi positif dalam kalangan warga maya.
Mengimbau semula memori lama, nama Ira teruk dikritik dan diberikan dengan pelbagai gelaran buruk lebih-lebih lagi ketika bergelar isteri kedua Syamsul.
Boleh dikatakan ada sahaja netizen yang melenting dan berasa tidak puas hati dengan perkhabaran Ira dalam media.
Namun, kini kata-kata keji itu bagaikan sudah tiada lagi apabila pelakon berusia 29 tahun itu semakin mendapat pujian.
Mereka sepertinya baru sedar dengan kecantikan dan kesopanan Ira yang dilihat lemah lembut serta penuh sopan santun.
Tidak kurang juga yang mengharapkan agar Ira kembali berlakon dan muncul dengan karya baharu di televisyen.
Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Ira membuat kemunculan semula sekali gus merancakkan industri hiburan.
DIVA: Kasihan Meerqeen apabila ada yang memperkecilkan impiannya untuk menggenggam trofi Oscar.