Tiada Terpinggir Di Bawah Kerajaan Madani Meskipun Pembangkang Tolak MoU

d10018283db8d4678e3d617f378c49ec66ee59594bc95Datuk Seri Fadillah Yusof

JOHOR BAHRU, 21 Sept (Iteenews) — Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana pihak daripada menerima manfaat peruntukan atau projek pembangunan meskipun memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang ditolak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia selari dengan konsep kerajaan MADANI yang mementingkan inklusiviti, ihsan dan kesaksamaan kepada semua pihak terutama rakyat.

"Peruntukan di bawah kerajaan masih tetap berjalan, cuma tugas wakil rakyat hanya mencadangkan projek dan apa jenis bantuan yang perlu diberikan.

"Tiada satu tempat pun dikecualikansemua mendapat manfaatsama ada MoU atau tidak,kerajaan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihaktidak kira kerajaan atau pembangkang.

"Sebab kerajaan MADANI ini konsepnya inklusiviti, ihsan, kena ada kesaksamaan itu konsep MADANI.Program dan projek tetap berjalan serta rakyat tetap dapat manfaat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024di Sungai Tebraudi sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar JohorLing Tian Soon.

Media sebelum ini melaporkan Perikatan Nasional (PN) mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Ketua PembangkangDatuk Seri Hamzah Zainudindipetik sebagai berkata keputusan menolak dua draf cadangan MoU membabitkan antara kerajaan Malaysia dengan PN dan antara kerajaan Malaysia dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Hamzah dilaporkan mendakwacadangan MoU terbabit bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agamaselain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasaserta mengongkong kebebasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *