Lagu Ai \’Hussien Hussien Untuk Mahkota\’ Tarik Perhatian Pengundi

27eafd23f6f88827b31f7d108b0b524e66ee80f06dc2c Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) meluangkan masa memancing bersama penduduk setempat Taman Ilham hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 4f07457e3c28a1d5a780845111779b1e66ee8089d123b Penduduk setempat menunjukkan hasil tangkapan mereka selepas aktiviti memancing bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah bergambar besama penduduk ketika program memancing di Taman Ilham hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KLUANG, 21 Sept (Iteenews) — Lagu 'Hussien Hussien untuk Mahkota' yang menggunakan suara kecerdasan buatan (AI) antara pendekatan Barisan Nasional (BN) bagi menarik perhatian pengundi padaPilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata lagu dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil nukilan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Mohammad Sollehin Mohamad Tajie ituhanya mengambil masa sehari untuk disiapkan.

Lagu itu mula digunakan15 Sept lepaspada kempen di media sosial termasuk aplikasi TikTok.

"Calon kita Syed Hussien Syed Abdullah ialah orang muda dan ini antara kaedah untuk kita memperkenalkan beliau kepada pengundi, khususnya golongan mudakerana di DUN Mahkota terdapat peratusan besar orang muda.

"Pengundi masa kini khususnya anak muda, mereka tidak berminat dengan ceramah mega dan disebabkan itu, kita mengambil alternatif lain dengan mencipta lagu," katanya kepada pemberita selepas menyertai program memancing bersama penduduk di Taman Ilham di sini hari ini.

Pendekatan melalui lagu juga telah dibuat sebelum ini iaitupada PRK DUN Nenggiri yang berkonsepkan dikir barat, mengambil kira lokasi pilihan raya itu di Kelantan, kataDr Muhamad Akmal.

Bagi memastikan sebutan dan susunan ayat pada versi Bahasa Cina dan Tamil tepat, lagu itu disemak oleh Ketua Pemuda MCA Ling Tian Soon serta bekas Ketua Pemuda MIC K. Raven Kumar, dengan kedua-dua mereka merupakan Exco Johor.

Dr Muhamad Akmal berkata lagu itu mendapat sambutan baik apabila beliau melihat anak muda menyanyikan lagu itu semasa berjumpa Syed Hussien.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *