Kerjasama GRS, Parti Nasional Masih Diperlukan Untuk Kestabilan Politik Sabah – Hajiji

2af60e792b41d2a271a008d04ca0a1ef66eeda1b58eed–fotoBERNAMA

SIPITANG, 21Sept (Iteenews) — Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata kerjasama antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri kini diperlukan dalam mendepaniPilihan Raya Negeri (PRN)Sabah akan datang.

“Sabah masih belum dapat mencontohi Sarawak dalam membentuk kerjasama politik eksklusif melibatkan hanya parti tempatan bagi mendepani PRNakan datang.

“Susunan kerjasama yang kita ada sekarang antara GRS, PH dan rakan lain adalah terbaik buat masa ini. Sabah masih memerlukan hubungan erat dengan parti nasional," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumindi sini hari ini.

Turut hadirNaib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif danDatuk Rubin Balangserta Setiausaha Agung parti itu Datuk Razali Razi danKetua Bahagian Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Hajiji, yang juga Presiden Gagasan Rakyat, turutmenekankan kepentinganperpaduan dalam kalangan parti komponen GRS.

“Kita mesti satu hati dalam GRS dan pastikan tiada sabotaj antara satu sama lain. Jika kita terus bekerjasama dan saling membantu, saya yakin kita boleh mencapai kemenangan besar dalam PRN nanti,” katanya.

Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, pula berkata kestabilan politik adalah faktor penting dalam memastikan pembangunan Sabah secara berterusan.

Beliau berkata ini dapat dilihat menerusi kepimpinan Hajiji yang telah membawa perkembangan positif untuk Sabah terutamamenerusi beberapa strategi bagi menjana ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *