POKOK SENA – Polis tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian menjadi sebab seorang kanak-kanak lemas dalam kejadian di Lorong Seri, Alor Setar semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, p0ihaknya akan memanggil keluarga kanak-kanak tersebut untuk siasatan.
“Siasatan itu menjurus kepada kecuaian kerana lokasi ia berlaku (lemas) yang mana ada parit, tetapi siasatan polis unsur-unsur itu ada (kecuaian).
“Dalam keadaan begini ibu bapa semua ketua keluarga, semua orang mesti bertanggungjawab menjaga keselamatan keluarga masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau di sini hari ini.
Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian banjir di Lorong Seri semalam.
Difahamkan mangsa, Noraisyah Misha Afifah Abdul Fatah keluar bermain bersendirian di luar rumahnya pada pukul 3 petang sebelum jasadnya dijumpai. – https://amiminerals.org/