Terengganu sedia ikut Perlis isytihar GISBH sesat

WhatsApp Image 2024 09 20 at 21.09.10 51859605

Mohamad Sabri.

KUALA TERENGGANU – Terengganu bersedia mengikut jejak Perlis untuk mengisytiharkan ajaran dan kepercayaan dalam GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sebagai sesat sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan organisasi tersebut dengan unsur bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Harun berkata, pihaknya akan mengikut prosedur ditetapkan dengan penuh teliti dan terperinci sebelum fatwa terbabit dikeluarkan.

Beliau berkata, proses akan dimulakan dengan muzakarah dan keputusan tersebut akan dibawa ke negeri-negeri untuk ajaran terbabit difatwakan sebagai sesat.

“Biasanya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan putuskan bahawa ajaran tersebut sesat selepas membuat penelitian menyeluruh.

“Proses seterusnya, barulah negeri (Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu) pula akan mengeluarkan fatwa berkenaan perkara tersebut,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabri berkata, Terengganu amat memandang serius gerakan GISBH di negeri itu meskipun tiada sebarang aduan serius diterima setakat ini.

Beliau berkata, buat masa ini, pemantauan sedang dilakukan dan pihaknya menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI sebelum fatwa GISBH sebagai ajaran sesat dikeluarkan Terengganu. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *