Anugerah MIHAS 2024 Perkenal Kategori Kelestarian, Iktiraf Amalan Mesra Alam

66a466886ec5a012631dae56cdeaecf166ed5b4068f53 8cb6385dddc49297ba55dc2fc16a27ae66ed5a0601500 433ea1b4e489ebbd4eee98a81a4298e566ed5a260ec4a 01ff58d45d4610a06f8dc4546073237e66ed5b58a9a21 c919d00759195610c67457cc742598b766ed5a550e44c

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Iteenews) –Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 yang berprestij kembali tahun ini dengan kategori baharu iaitu Anugerah Kelestarian untuk mengiktiraf usaha menerima pakai amalan mampan dalam industri Halal.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Anugerah Kelestarian mencerminkan kepentingan tanggungjawab alam sekitar dan sosial yang semakin meningkat.

“Ia menggariskan komitmen kami bagi mengiktiraf usaha dalam mengamalkan amalan mampan; memastikan pertumbuhan industri dicapai sambil menghormati penjagaan alam sekitar dan memaksimumkan impak sosial.

“Jumlah permohonan yang menggalakkan telah diterima untuk kategori baharu ini, majoriti daripada kluster makanan dan minuman, diikuti oleh bioteknologi, farmaseutikal, logistik, makanan berkhasiat serta e-dagang,” katanya semasa ucaptama pada majlis anugerah ituhari ini.

Menerusi anugerah ini, MATRADE berharap dapat menyampaikan mesej tentang kepentingan memulihara alam sekitar kepada kluster Halal yang lain.

“Tambahan pula, bahan mesra alam terkandung dalam trofi tahun ini,” tambahnya lagi.

Tahun ini, anugerah MIHAS merangkumi tiga kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Produk dan Perkhidmatan; Anugerah Inovatif Produk dan Perkhidmatan serta Anugerah Kelestarian.

Anugerah Kecemerlangan Produk dan Perkhidmatan mengiktiraf peserta pameran MIHAS atas kecemerlangan dalam prestasi eksport, memperakui perniagaan, nilai produk serta perkhidmatan, konsep dan pengurusan gerai semasa pameran selain pendigitalan dalam perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *