MAHB Catat 12 Juta Penumpang Pada Ogos 2024

206250b3fcdc8475ddf09320386d77f55f3d27cee1293

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Iteenews) — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkansebanyak 12 juta penumpang melibatkan rangkaian lapangan terbangnya pada Ogos 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanyaini menandakan rekod trafik untuk bulan kedua berturut-turut dengan kenaikan 9.8 peratus berbanding Ogos 2023, dan mencapai 96.1 peratus daripada paras Ogos 2019.

“Pergerakan penumpang antarabangsa kekal kukuh, dengan merekodkan6.5 juta penumpang, menunjukkan peningkatan 18.5 peratus berbanding Ogos 2023 dan melepasi paras prapandemik sebanyak 6.1 peratus.

“Lonjakan penumpang inisebahagian besarnya didorong oleh perjalanan musim panas, pelancaran syarikat penerbangan baharu, pengembangan ke laluan baharu dan peningkatan kekerapan penerbangan mingguan,” kata kumpulan itu.

MAHB turut mencatatkan5.8 juta penumpang domestik, peningkatan 1.6 peratus berbanding Ogos 2023, dengan kadar pemulihan 87.1 peratus berbanding 2019.

Menurutnya, di dalam negara, lapangan terbang di Malaysia mengendalikan lebih lapan juta penumpang untuk bulan kedua berturut-turut, dengan pecahan yang sama antara trafik antarabangsa dan domestik.

“Pertumbuhan itu didorong oleh kekerapan penerbangan tambahan dan bermulanya syarikat penerbangan dan laluan baharu, terutamake destinasi antarabangsa dan daripada destinasi antarabangsa,” katanya.

Menurut MAHB, pasaran antarabangsa utamaterutamaIndonesia, China dan India adalah penyumbang utama kepada peningkatan trafik pada Ogos.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *