Eksport Lada Malaysia Bernilai RM86.4 Juta Sehingga Julai Tahun Ini – Chan

fd955007850e5cdd3212628a8d79c27166ed790ecf951Timbalan Menteri Datuk Chan Foong Hin berucap pada Majlis Kempen Penggunaan Lada Malaysia 2024 di KSL City Mall hari ini.

JOHOR BAHRU, 20 Sept (Iteenews) — Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julaitahun iniberbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas, kataTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata 50 peratus daripadanyadieksport ke Jepun.

“Jepun adalah pasaran tradisional kita memandangkanlada kita mempunyai kepedasan berlainan daripada lada negara lain.

“Selain Jepun, negara utama lain yang menjadi penyumbang eksport adalah China, Korea Selatan dan Sweden,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kempen Penggunaan Lada Malaysia 2024 di sini hari ini.

Chan berkata nilai perdagangan lada Malaysia ke Singapura pula menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu RM8.20 juta atau 368.15 tan bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun iniberbanding RM5.86 juta atau 288.44 tan pada 2023.

Menurutnya Singapura turut menjadirakan dagang penting bagi sektor lada negara dan berpotensi besar untuk dikembangkan berdasarkan faktor hubungan perdagangan, geografi dan hubungan ekonomi.

Sementara itu, katanyatanaman lada di seluruh negara meningkat daripada 8,172 hektar tahun lepas kepada 8,215 hektar tahun ini.

“Jumlah pekebun turut meningkat kepada 39,137 daripada 38,986tahun sebelumnya yang menunjukkan industri lada terus berkembang pesat melalui usaha berterusan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Lembaga Lada Malaysia,”katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *