Antara Muka Bahasa Inggeris Komitmen Taobao terhadap Pasaran E-dagang Malaysia 

7176bc6b15cd94e5beaece5de814de3f66ed0ee453860 965d74662e32b0e10b9d6aaf22cb2d5666ed0e77ad839

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Iteenews) — Pelancaran 'antara muka(interface) beta bahasa Inggeris' melambangkan komitmen Taobao terhadap pasaran e-dagang Malaysia selain meningkatkan kebolehcapaian dengan menumpukan kepada penyelarasan ciri-cirinya agar lebih mesra pengguna.

Pengurus Negara Taobao MalaysiaJess Lewberkata syarikat itu komited untuk terus menambah baikplatform merekaberdasarkan maklum balas pengguna sambil mengembangkan ciri-cirinya bagi memenuhi keperluan pangkalan pengguna yang semakin berkembang.

“Sepanjang kehadiran kami sejak 2018, kami menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan sama ada kami akan menyediakan pilihan bahasa Inggeris memandangkan ramai pengguna tempatan sama ada tidak bertutur atau tidak fasih bahasa Mandarin.

"Antara muka bahasa Inggeris ini dapat mengatasi halangan bahasa, membolehkan pengguna tempatan meneroka dan membeli-belah dengan lebih mudah dan yakin sambil memperluas akses kepada pelbagai pilihan dan nilai yang tiada tandingan … ," katanya kepada Iteenews dalam satu temu bual baru-baru ini.

Beliau berkata Taobao selama inimemberikan tumpuan kepada membina infrastruktur yang kukuhtermasuk kerjasama bagi memastikan kecekapan logistik, memperkukuh pilihan pembayaran tempatan dan menjalankan kempen promosi besar-besaran seperti Jualan Pertengahan Tahun serta festival beli-belah 9.9dan 11.11.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri utama antara muka baharu ini, Jess berkata ia merangkumi penukaran anggaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM), penerangan produk terperinci dengan bantuan kecerdasan buatan (AI),dan mesra pengguna yang disesuaikan dengan corak pembelian tempatan.

“Penambahbaikan ini direka untuk memudahkan keseluruhan proses pembelian daripada pemilihan produk sehingga pembayaran, menjadikannya lebih mudah untuk menyelesaikan urusan pembelian,” katanya.

Kemudahan ini menawarkan kepada pelanggan pilihan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin untuk memastikan komunikasi yang berkesan.

Taobao turut menawarkan penghantaran percuma bagibarangan yang memenuhi syarat perbelanjaan minimum serta memudahkan prosespemulangan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang bebaskerumitandan tanpa perlu menghantar produk kembali ke China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *