PRK Mahkota: MUDA Tidak Beri Komitmen Bantu Kempen Mana-mana Parti Bertanding

dc84252a3fba0274815d1fafb9c5ab2664afdbb455b01

KLUANG, 19 Sept (Iteenews) — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan tiada perbincangan dan komitmen diberikan mereka bagi membantu pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Setiausaha Agung MUDA Amir Hadi berkata mereka telah membuat keputusan tidak bertanding pada PRK itubagi menumpukan fokus kepada pembangunan semula parti selepas melalui siri PRK, selain untuk membuat persiapan pemilihan parti.

"Justeru, tidak ada sebarang perbincangan dan komitmen untuk membantu mana-manaparti dalam PRK ini.

"MUDA terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dan rundingan dengan mana-mana pihak, namun ia mestilah dibincang dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan susulan laporan portal yang memetik seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebagai berkataMUDAtelah memberi persetujuan untuk membantu kempen parti itu pada PRK DUN Mahkota.

PRK DUN Mahkota pada 28 Sept inimenyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN Mohamad Haizan Jaafar.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepasdi Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *