KOTA BHARU – Tanah perkuburan Islam terancang pertama di Kelantan iaitu Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Saadah yang terletak di Mukim Gual Tinggi, Rantau Panjang akan beroperasi pada 1 Oktober depan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Dr. Hasnan Ramli berkata, ia merupakan tanah perkuburan Islam terancang pertama di bawah seliaan Maik yang akan disusuli perkuburan kedua di Mukim Tanjung Chat, di sini selepas ini.
“Tanah perkuburan terancang itu akan beroperasi pada Ahad sehingga Khamis. Waktu operasi tanah perkuburan itu bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, namun ditutup atau cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
“Sekiranya ada keperluan untuk mengebumikan jenazah pada hari cuti, pihak Maik bersedia untuk menimbang permohonan daripada orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di Balai Islam, Lundang di sini hari ini
Mengulas lanjut, Hasnan memberitahu, tanah perkuburan dengan keluasan 2.3 hektar itu mampu memuatkan sebanyak 4,552 lot kubur.-https://amiminerals.org/