[VIDEO] Pokok tumbang, dia yang lebih

pokok tumbang

Tangkap layar seorang lelaki teruja menunjukkan pokok tumbang.

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki yang teruja apabila sebatang pokok tumbang di hadapannya di Kuantan, mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi sebuah hantaran video oleh @Linggammat di aplikasi Tik Tok, kejadian berlaku ketika dia sedang berjoging sebelum sebatang pokok tiba-tiba tumbang.

Rakaman bermula dengan lelaki tersebut sedang joging menuruni bukit sebelum angin kencang tiba-tiba bertiup dan menyebabkan sebatang pokok terletak di sebelah lelaki itu terpatah dua lalu tumbang ke arah semak samun.

Melihat kejadian itu, lelaki itu bersorak teruja kerana dapat melihat pokok tumbang secara langsung dan dia juga mengarahkan kamera ke pokok itu dengan wajah gembira.

Sementara itu, rata-rata pengguna sosial media terhibur dengan reaksi ‘teruja’ lelaki terbabit yang sepatutnya berasa cemas.

“Lain macam betul reaksi dia. Kalau orang lain dah lari. Ini siap bersorak walaupun kata bahaya,” ujar Rynd.

“Nasib baik pokok tu tumbang kat semak, kalau di jalan macam mana? Abang seronok ke?,” komen Ana Suhana.

“Macam salah reaksi je bang,” kata Izham. – KOSMO! ONLINE.

@linggammatmasuk camera oo pokok tumbang depan mataaaaa.. ribut di Bukit Pelindung Kuantan

♬ original sound – linggammat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *