Lelaki maut kereta kena hempap lori bawa batu

maut lori kereta

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian kemalangan membabitkan dua buah lori dan lapan buah kereta di persimpangan memasuki Jalan Lingkaran Tengah Seremban berdekatan Stesen Minyak Caltex, Rahang di Seremban, tengah hari tadi.

SEREMBAN – Seorang lelaki meninggal dunia selepas tersepit dalam kereta apabila kenderaanya itu dihempap sebuah lori membawa muatan batu dalam nahas membabitkan dua buah lori dan lapan buah kereta.

Kejadian itu berlaku berhampiran persimpangan memasuki Jalan Lingkaran Tengah Seremban berdekatan Stesen Minyak Caltex, Rahang, di sini tengah hari tadi.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohamad Idris berkata, dalam nahas kira-kira pukul 1.28 petang itu, mangsa berusia 40-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan akibat tersepit.

Tambahnya, seorang individu lain mengalami cedera parah, manakala dua lagi mengalami kecederaan.

“Seorang mangsa meninggal dunia, seorang cedera parah, dua cedera ringan. Kami mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa termasuk menggunakan bantuan kren kerana kereta mangsa betul-betul tersepit bawah lori.

“Selepas mengeluarkan mangsa kami serahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan kematian mereka disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,”katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Kata beliau lagi, sepasukan anggota bomba seramai 12 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Ampangan bersama satu jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan. – https://amiminerals.org/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *