kredit: FB Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Iteenews) — Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akandiharmonikanbersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.
Iamengurangkan karenah birokrasi, menyelaras proses serta melancarkan proses perdagangan rentas sempadan Malaysia-China.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkatainisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (NSW – National Single Window) mencerminkan komitmen kedua-dua kerajaan untuk memanfaatkan teknologi dari aspek perdagangan dua hala dalam era digital ketika ini.
“Kerajaan dan MITI juga akan mengutamakan perluasan capaian NSW untuk berintegrasi dengan Tetingkap Tunggal ASEAN,” katanya ketika berucap padaMajlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara MY E.G. Services Bhd danPersekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF)hari ini.
Kerjasama ituadalah untuk penubuhan ZTrade sebagai Platform NSW.
ZTrade telah menggabungkan elemen terbaik yang diadaptasi daripada pelaksanaan tetingkap tunggal dari China, kata Tengku Zafrul.
“Perdagangan intra-ASEAN buat masa ini hanya berada pada tahap 23 hingga 25 peratus, inibermakna ada banyak potensi untuk negara anggotaASEAN meningkatkan perdagangan antara satu sama lain.
“Justeru, inisiatif Tetingkap Tunggal ASEAN juga dilihat bakal mengukuhkan kedudukan negara dalam Komuniti Ekonomi ASEAN serta membuka peluang yang lebih besar untuk perdagangan serantau dan integrasi ekonomi,” katanya.
Selain itu, beliau berkata MITI komited untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan dan Pentadbiran Am Kastam China untuk memastikan kejayaan pelaksanaan ‘satu tetingkap saling boleh kendali’ untuk memupuk lanskap perdagangan yang lebih cekap, telus, selamat dan berdaya tahan.