Gamuda Dijangka Serta Konstituen FBM KLCI Gantikan Genting Malaysia – MIDF Amanah

d62a8fcd4e902f17b1b889b92c5771315f8ffc5db3e81

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Iteenews) –Gamuda Bhd dijangka disenaraikan sebagai satu daripada konstituen diFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menggantikanGenting Malaysia Bhd pada 23 Dis 2024, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Bank pelaburan itu berkata selepas dua tahun (semakan separa tahunan lima kali berturut-turut) berada dalam senarai simpananFBM KLCI, "Gamuda akan dinaikkan kepada indeks barometer."

“Sejak semakan pada 24 Jun, harga sahamnya meningkat sebanyak 19 peratus kepada RM7.59 pada 13 Sept 2024, menduduki tempat ke-24 berdasarkan permodalan pasaran. Sekiranya ia kekal di tempat ke-25 dan ke atas menjelang tarikh akhir,Gamuda hampir pasti disenaraikankedalam indeks itu," katanya.

MIDF Amanah juga menganggap Genting Malaysia mungkin akan dikeluarkandaripada senarai itu, berikutan sehingga Jumaat (lepas) iaturunke tempat ke-36 dari segi permodalan pasaran.

“Jika ia kekal pada kedudukan tersebutmenjelang tarikh akhir semakan akan datang,mengikut peraturan asas ia perlu dikeluarkandaripada indeks, dan ini akan memberi laluan kepada kemasukan Gamuda,” katanya.

MIDF Amanah berkata semakan separuh tahunan FBM KLCI dijadualkan pada 23 Dis 2024, berdasarkan data daripada tarikh akhir semakan pada 25 Nov 2024.

“Walaupun masih berbaki dua bulan lagi, kami berpendapat adalah pentinguntuk memantau kemungkinan perubahan dalam kalangan saham mewah sejak tarikh akhir semakan sebelum ini pada 27 Mei, 2024,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *