Supermax Mulakan Pengeluaran Sarung Sarung Komersial Di Kilang Di AS Pada Januari 2025

ffcdc4b15cc46c6c8b4c621d6cbd2c8e5f98229cb6533Supermax Corporation Bhd

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Iteenews) –Supermax Corporation Bhd (Supermax) dijadualkan memulakan pengeluaran sarung tangan secara komersial di kemudahanperkilanganpertamanyadi Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Texas menjelang Januari tahun depan.

Kemudahantersebut dijangka menghasilkan sehingga 4.8 bilion sarung tangan setahun.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SupermaxDatuk Seri Stanley Thaiberkatakilang di AS itu menggunakan proses pembuatan pintardengan kawalan proses digital dan pembuatan automatik sepenuhnya.

“Pendekatan ini mengurangkan kebergantungan kami terhadap tenaga kerja buruh kasar dan memanfaatkan teknologi terkinitermasuk kecerdasan buatan, automasidan robotik,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Supermax berkatamelalui anak syarikat milik penuhnya, Maxter Healthcare Inc. (Maxter), merekaakan memulakan ujian dan pengoperasianbarisan pengeluaran pertama produk berkenaanpada Disember 2024.

“Pembinaan bangunan pembuatan Supermax (B2A) dan pusat pergudangan serta pengedaran (B5) di Brazoria County, Texas, telah siappada Disember 2023 hasil usaha bersama pasukan Supermax Healthcare Inc dan Maxter di AS.

“Pasukan teknikal dari Malaysia telah dihantar untuk pemasangan peralatan pembuatan dan pengoperasiankilang tersebut,” katanya.

Sementara itu, syarikat tersebutberkatakeputusan Wakil Perdagangan AS (USTR) untuk menaikkan tarifke atas import sarung tangan perubatan dari China sebanyak 50 peratus pada 2025 dan 100 peratus pada 2026 dilihat sebagai kelebihan penting bagi pengeluar domestik di AS.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *