Perak Teroka Pasaran Halal Global – Menteri Besar

3fc16aa9d6f357322dba3d43864f43c666e98074753d6kredit: FB Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 17 Sept (Iteenews) — Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan pengeluar produk gelatin halal terkemuka dunia,Leiner Gelatine Sdn Bhd.

Perjanjian itu dimeterai antara Leiner Gelatine Sdn Bhd yang merupakansyarikat Leiner Pak Gelatine Ltd dari Pakistandengan anak syarikat Perak SADC iaitu Ladang Lekir Sdn Bhd dalam usaha menjadikan Perak sebagaipemain utama pengeluaran produk halal khususnya industri gelatin.

Industri gelatin ketika ini hanya mewakili sekitar tujuh peratus daripada pengeluaran produk halal dunia.

Perak SADC dalam kenyataan hari ini berkata menerusi usaha sama strategik itu, kedua-dua pihak bekerjasama membangunkan industri gelatin halal dengan sasaran meningkatkan peratusan penggunaan dan pasaran gelatin halal di Malaysia serta global sekali gus meletakkan Perak sebagai pemain utama industri gelatin halal global.

Perbadanan itu memberitahuinisiatif berkenaan berlangsung dalam satu majlis pertukaran perjanjian usaha sama sempena penganjuran Pameran Antarabangsa Halal Malaysia 2024 (MIHAS 2024) yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Ladang Lekir Sdn Bhd diwakili Pengerusinya Ahmad Yani Aminuddin manakala Leiner Gelatine Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya Khawaja Ahmed Hassan.

Majlis pertukaran perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu, Saarani yang juga Pengerusi Perak SADC dalam kenyataan sama berkata pasaran global gelatin mencatatkan nilai US$3.7 bilion (RM15.91 bilion) pada 2023 dan dijangka berkembang pada kadar tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.6 peratus dari 2023 hingga 2028.

“Daripada jumlah ini, hanya kira-kira tujuh peratus merupakan gelatin halal. Dengan potensi besar industri ini di peringkat global, Perak melalui SADC mahu mengorak langkah untuk menjadi pemain utama dalam industri strategik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *